[ HOME ] _____________ [ GALERI ] __________ [ AKTIVITI ]___________[ REGISTER ]___________[ BULETIN ]_
_
Menyertai SRD
Maklumat yang diperlukan untuk menjadi ahli SRD yang sah.
Keahlian hendaklah diperbaharui setiap tahun.

Mengapa menyertai kelab SRD?
Kerana kami bukan sahaja berkisar tentang kereta sahaja, kami adalah satu komuniti.

Pra-syarat keahlian SRD
Anda perlulah mempunyai kenderaan sendiri utk menjadi ahli yg sah.
Anda tidak boleh menyertai SRD bagi pihak ahli keluarga anda ataupun rakan-rakan.

Bagaimana untuk anda mendaftar?
Mula-mula anda perlukan borang pendaftaran yang sah.
Borang ini akan diberikan semasa perjumpaan kelab pada tarikh dan waktu yg diumumkan, bagi setiap event kelab SRD.
Isikan borang pendaftaran dan kembalikan kepada kami berserta dengan wang yuran pendaftaran.
Hanya borang yg lengkap akan diterima.

Berapakah jumlah yuran dan apakah yang diperlukan?
Yuran Keahlian:
Yuran pendaftaran - RM40 (Kos Pelekat Kelab)
Yuran bulanan - RM5

Ini bermakna anda hanya perlu membayar RM40 semasa mula-mula mendaftar sebagai ahli SRD dan RM5 bagi setiap bulan berikutnya.
Anda tidak perlu menyertakan foto berwarna, salinan kad pengenalan ataupun salinan pendaftaran kereta.
Pembayaran yuran keahlian adalah secara tunai sahaja.
Pembayaran melalui kad kredit, cek peribadi, kiriman wang ataupun wang pos tidak akan diterima.

Penghantaran borang.
Borang yang telah lengkap dan disertakan yuran pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan SRD pada sesi perjumpaan ataupun anda boleh menghubungi mereka terus untuk membuat janjitemu.

Apakah yang saya bakal dapat dengan menyertai kelab SRD?
5 Keping Pelekat Rasmi Kelab
1 Keping Decal Ahli
Keseronokan berkonvoi bersama rakan sekelab dan bermacam-macam lagi
Faedah lain akan diberitahu dari masa ke semasa.

Siapa yang perlu dirujuk tentang keahlian?
Sila rujuk kepada pihak pengurusan SRD

Kami Harap dapat bertemu anda pada sesi perjumpaan kami yang akan datang.
Harap maklum, bahawa kami membuat pendaftaran pada waktu itu dan juga memberi terus pelekat-pelekat yang disebutkan.
Cuma pastikan anda telah melengkapkan borang pendaftaran dan jangan lupa yuran nya sekali.